⚠️ 𝐓𝐖: mental illness, suicidal thoughts, suicide, violent, child abuse ⚠️
A Love To Kill - Farhah Aiddin
ALTK mengisahkan beberapa buah keluarga yang kononnya suci tidak pernah melakukan sebarang dosa. Akibat daripada perasan sok suci itu, antara mereka ada yang tersimpan dendam yang sudah lama mereka pendam. Akibat daripada itu, seorang gadis bernama Syifaa Qaireen dihina dan didera sejak lahir sehingga beliau berusia 17 tahun. Kelahirannya di dunia tidak pernah dia inginkan, termasuk ibu kandungnya sendiri. Disebabkan hal lampau si ibu, dia yang terpaksa menanggung semuanya sendiri. Hidupnya cukup menyeksakan dari segi mental dan fizikal.
Ketika jiwanya memberontak dek kepalsuan dan kebencian manusia, muncul seorang jejaka yang bernama Haqqi Syauqi yang sudi mewarnai jiwanya yang hampir mati. Akan tetapi, selepas mereka bertemu bermacam perkara yang sudah terjadi. Rahsia yang sudah lama mereka semua simpan, akhirnya terlerai satu persatu.
Pendapat aku tentang ALTK ini, jalan ceritanya mampu membuatkan kita yang berhati tisu menangis dan bermain dengan bermacam emosi;
Betapa sedihnya aku apabila Syifaa Qaireen sering dihina dan didera.
Betapa marahnya aku pada bait-bait hinaan yang keluar daripada mulut mereka.
Betapa gembiranya aku apabila Haqqi Syauqi dan Tengku Maria akhirnya mampu untuk terima Syifaa Qaireen dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Selain itu, ALTK ini juga membuatkan aku terfikir, adakah anak tidak sah taraf perlu merasai semua itu? Mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan tetapi akibat manusia yang durjana, mereka yang terpaksa menanggung semua keperitan dan kehinaan itu. Ini sangat tidak adil buat mereka. Mereka layak hidup seperti anak-anak yang lain! Tapi apakan daya, stigma sesetengah masyarakat terhadap anak tidak sah taraf sangat tinggi.
Sungguh... hidup Syifaa Qaireen sangat menyedihkan. Seolah-olah beliau tidak layak langsung untuk hidup, untuk merasai kasih sayang seorang ibu dan secebis kebahagiaan.
Dan... walaupun Syifaa Qaireen bukan hasil suka-sama-suka, pendidikan seks amatlah penting. Mencegah lebih baik daripada merawat. Dan untuk per*g*l, mereka layak direjam hidup-hidup! Mereka yang tidak layak untuk hidup yang sebetulnya, bukan mana-mana anak tidak sah taraf! 😤
Diingatkan, ALTK sangat bermain dengan emosi. Pada yang mahu baca ALTK, semoga anda kuat semangat!
𝐒𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧: 4.5/5 ⭐️

Comments
Post a Comment