Skip to main content

The Story of Maria - Anuar Darwisy

 


The Story Of Maria - Anuar Darwisy


Phewwww... akhirnya dapat juga habiskan TSOM ni. Seram bukan kepalang! 


Kalau baca blurb (ampun tak ada gambar blurb), TSOM ini mengisahkan apartment berhantu kan? Yup, memang pasal apartment berhantu pun. 


Sejak Dafi tinggal di Apartment Bayu Malam, terlalu banyak kejadian aneh berlaku. Hari pertama Dafi tinggal di apartment tu pun dah "kena". Jalan cerita jadi bertambah menarik selepas Rahim yang tumpang tinggal di apartment tu hilang dengan tiba-tiba. Macam mana Rahim boleh hilang? Ada hantu sorok ke? Haa itu itu kena baca sendiri. 👀


Sejujurnya, jalan cerita TSOM dari awal sampai ke akhir seram yakmat! Setiap kali dorang kena usik, dada aku automatik berdebar bagai nak meletup! Serius seram walaupun ada beberapa usikan tu usikan "biasa" yang selalu kita dengar daripada mulut orang lain. Kalau cerita kita yang dah biasa dengar pun menyeramkan, apatah lagi TSOM ni! 😫


Selain dapat bulu roma naik seluruh badan, TSOM juga terdapat banyak pengajaran. Salah satunya, janganlah kita mencintai manusia lain lebih daripada kita mencintai Allah. ☝🏻 (insaf jap)


Bagi yang suka dengan novel genre seram, novel ini sangat sesuai untuk anda! 


HIGHLY RECOMMENDED!


Rating?


Sudah semestinya ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️!


P/s: Sepanjang baca novel ni, kepala aku auto teringat ke Kmovie tajuk The Divine Fury. Tiber rasa nak tengok balik! 🌚

Comments

Popular posts from this blog

Introvert - Abstrakim

TRIGGER WARNING : Depression, suicidal thoughts, suicide, bullying. SINOPSIS Introvert mengisahkan Farady yang hampir menamatkan riwayatnya sendiri di atas rooftop Bangunan Alam. Tetapi hal itu berjaya diatasi oleh seorang gadis bernama Haura.  "Kau boleh nangis, tiada masalah untuk kau nangis. Kau boleh sedih sebanyak mana pun. Tapi..." "Tapi apa?" "Tapi kau jangan putus asa." "Aku minta maaf, aku cuma nak akhiri semuanya. Aku nak mati..." "Tak, kau tak nak mati!" "Apa maksud kau?" "Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya kau cuma tak nak rasa sakit lagi." Sejak pertemuan pertama mereka pada malam itu, mereka semakin rapat sampaikan salah sorang daripada mereka mempunyai perasaan cinta yang disimpan rapi didalam hati. Dan sejak itu jugalah, Farady dan Haura akan bertemu setiap malam untuk berkongsi kisah hidup harian mereka.  Akan tetapi, selepas munculnya seorang gadis bernama Natasha, se...

A Love To Kill - Farhah Aiddin

⚠️   𝐓𝐖 : mental illness, suicidal thoughts, suicide, violent, child abuse  ⚠️ A Love To Kill - Farhah Aiddin ALTK mengisahkan beberapa buah keluarga yang kononnya suci tidak pernah melakukan sebarang dosa. Akibat daripada perasan sok suci itu, antara mereka ada yang tersimpan dendam yang sudah lama mereka pendam. Akibat daripada itu, seorang gadis bernama Syifaa Qaireen dihina dan didera sejak lahir sehingga beliau berusia 17 tahun. Kelahirannya di dunia tidak pernah dia inginkan, termasuk ibu kandungnya sendiri. Disebabkan hal lampau si ibu, dia yang terpaksa menanggung semuanya sendiri. Hidupnya cukup menyeksakan dari segi mental dan fizikal.  Ketika jiwanya memberontak dek kepalsuan dan kebencian manusia, muncul seorang jejaka yang bernama Haqqi Syauqi yang sudi mewarnai jiwanya yang hampir mati. Akan tetapi, selepas mereka bertemu bermacam perkara yang sudah terjadi. Rahsia yang sudah lama mereka semua simpan, akhirnya terlerai satu persatu.  Pendapat aku tent...