I'm Yours - Anna Lee
𝐒𝐢𝐧𝐨𝐩𝐬𝐢𝐬:
Kerana takdir akan menemukan jalannya.
Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya.
Akibat kepulangannya di kampung halamannya itu, dia dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Remi oleh Tok Salim, ketua kampung di situ. Kemunculan Remi di kampung itu tidak pernah menyenangkan sesiapa— Beliau sering digelar kutu rayau, penagih dan bermacam lagi gelaran yang tidak elok oleh penduduk kampung di situ.
Benarkah Remi sebegitu teruk?
𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍: Ulasan ini mungkin mengandungi "spoiler".
𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚:
Jalan ceritanya bergerak dengan pantas dan begitu lancar sekali!
Pada aku, aku suka novel sebegini. Konflik yang ditulis pun tidaklah membuatkan aku tertekan. Tetapi, tahap ingin tahu itu tetap tinggi.
I'm Yours ini cerita cinta antara dua pasangan yang sudah berusia 30an— yang masing-masing sendiri pernah berkahwin sebelum mereka bertemu. Jadi, kemanisan yang melampau-lampau itu tak ada, tetapi, Remi masih mampu menggoyahkan iman aku. Maklumlah, #teamsukalelakitua. Ahaks!
Gaya bahasa yang digunakan pun menarik pada aku. Pada siapa yang pernah baca penulisan Anna Lee, pasti tahu bagaimana cara penulisan beliau. Aku suka!
Soal watak pula, aku paling tak suka watak Henry, Maksu Rina dan kawan-kawan Soraya yang talam dua muka itu. Semua watak ni menyakitkan hati tapi aku masih boleh tahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat. Haha.
Sebut watak, sampai sekarang aku masih musykil dengan watak Jebat. Berapa umur beliau yang sebenarnya? Cara percakapannya, tak seperti budak umur 8 tahun langsung! Adakah budak sebaya itu memang ada yang bercakap seperti orang dewasa?— atau paling kurang, bercakap seperti sudah akhil baligh pada usia 8 tahun?
Selain itu, mengenai watak Remi, aku dapat tebak dengan tepat sekali! Terasa mahu menari-nari di awangan. Hahaha. Tetapi, aku juga musykil dengan Remi. Remi ada American Express Platinum Credit Card??? Tapi penulis ada sebut soal duit simpanan Remi berkurang. Jadi... sedikit aneh. Remi kaya atau biasa-biasa saja sebenarnya? Lagipun dia hanya ada bisnes katering, bukan? Mungkin aku ada terlepas pandang soal ni. 🤔
Pendapat peribadi aku soal I'm Yours, novel ini sesuai untuk orang yang mahu baca sesuatu yang "tenang" dan konflik yang tidak memecahkan kepala. Sejujurnya, aku suka novel ni!
Kalau orang yang suka dengan jalan cerita cinta yang santai dan tak memecahkan kepala otak untuk fikir yang bukan-bukan, inilah novelnya!
𝐒𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧: 4.5/5 ⭐️


Comments
Post a Comment